Sunday, May 12, 2019

PROGRAM NAJAH MUMTAZ TAHUN 6

Program Najah Mumtaz adalah salah satu program di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Program ini hanya memfokuskan kepada murid Tahun 6 yang mempunyai potensi untuk mendapat keputusan Gred A bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Program ini dijalankan 2 kali setahun dan ianya berjaya dijalankan buat kali pertama pada waktu seperti di bawah

Tarikh : 10 May 2019
Hari : Jumaat
Masa : 7.45 - 12.00 tengahari
Kehadiran : 6 / 7 orang

Alhamdulillah, melalui program ini, murid yang mendapat Gred A dalam Bahasa Arab adalah seramai 5 Orang, dan seorang bagi Gred B dan C. GPMP bagi matapelajaran Bahasa Arab adalah sebanyak 1.43. Moga kejayaan ini akan berterusan pada peperiksaan Akhir Tahun nanti. InsyaAllah


...

KEJOHANAN HOKI MSSD KUALA PILAH

Sekolah Kebangsaan Yamtuan Antah telah menyertai Pertandingan Hoki Peringkat Daerah Kuala Pilah pada 29 Januari 2020 ( Khamis ). Seramai 30...