Tuesday, February 11, 2020

KEJOHANAN HOKI MSSD KUALA PILAH

Sekolah Kebangsaan Yamtuan Antah telah menyertai Pertandingan Hoki Peringkat Daerah Kuala Pilah pada 29 Januari 2020 ( Khamis ). Seramai 30 orang murid SK Yamtuan Antah telah terlibat dalam pertandingan berkenaan. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut.
  • Hoki Lelaki Bawah 12 Tahun : Tempat Kedua
  • Hoki Perempuan Bawah 12 Tahun : Tempat Pertama
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Monday, August 26, 2019

PROGRAM GOTONG ROYONG PERINGKAT SEKOLAH 2019

Program gotong-royong ini telah dianjurkan oleh Unit 3K  dengan kerjasama Unit SARANA PIBG. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memastikan persekitaran sekolah dalam keadaaan yang selamat dan selesa. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Berikut adalah maklumat berkenaan program berkenaan.

Tarikh : 24 Ogos 2019 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Kehadiran : 50 orang ( Murid Tahap 2, Guru dan Staf serta PIBG SKYA )

Program ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kewangan, peralatan, masa dan tenaga bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat "

...

Friday, July 19, 2019

PENYERAHAN BANTUAN KWAPM 2019

TARIKH: 19/07/2019 (JUMAAT)
TEMPAT: KANTIN SKYA
GURU YANG TERLIBAT: Cikgu Abdul Razak (GPK HEM) & Cikgu Ahmad Zaki

Seramai 15 orang murid yang layak menerima bantuan KWAPM (RM100.00 seorang) terdiri dari Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6. Semoga murid yang menerima bantuan ini mendapat manafaat sebaiknya.


Friday, June 21, 2019

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019

TARIKH: 22/06/2019 (JUMAAT)
TEMPAT: DEWAN SKYA
MASA: 9.30 HINGGA 12.05 TGH HARI



PERJUMPAAN 3 PENJURU

TARIKH: 22/06/2019 (JUMAAT)
TEMPAT : KELAS TAHUN 1, 2, 3 & 6
MASA : 8.00 HINGGA 9.00 PAGI

Perjumpaan antara pihak sekolah, guru dan ibubapa bagi membincangkan prestasi dan perkembangan anak-anak SKYA bagi setengah tahun pertama 2019. Harapan kami semoga prestasi anak-anak SKYA akan bertambah dari masa ke semasa.

Sunday, May 12, 2019

PROGRAM NAJAH MUMTAZ TAHUN 6

Program Najah Mumtaz adalah salah satu program di bawah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Program ini hanya memfokuskan kepada murid Tahun 6 yang mempunyai potensi untuk mendapat keputusan Gred A bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun. Program ini dijalankan 2 kali setahun dan ianya berjaya dijalankan buat kali pertama pada waktu seperti di bawah

Tarikh : 10 May 2019
Hari : Jumaat
Masa : 7.45 - 12.00 tengahari
Kehadiran : 6 / 7 orang

Alhamdulillah, melalui program ini, murid yang mendapat Gred A dalam Bahasa Arab adalah seramai 5 Orang, dan seorang bagi Gred B dan C. GPMP bagi matapelajaran Bahasa Arab adalah sebanyak 1.43. Moga kejayaan ini akan berterusan pada peperiksaan Akhir Tahun nanti. InsyaAllah


...

Friday, April 19, 2019

PELANCARAN PROGRAM DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN ( DMK )

Bagi mengalakkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan telah mengadakan satu program Dekad Membaca Kebangsaan ( DMK ). Program ini juga perlu dijalankan di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Perpustakaan dan Media SK Yamtuan Antah telah menjayakan Program Dekad Membaca Kebangsaan pada 15 - 17 April 2019.

KEJOHANAN HOKI MSSD KUALA PILAH

Sekolah Kebangsaan Yamtuan Antah telah menyertai Pertandingan Hoki Peringkat Daerah Kuala Pilah pada 29 Januari 2020 ( Khamis ). Seramai 30...