Friday, April 19, 2019

PELANCARAN PROGRAM DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN ( DMK )

Bagi mengalakkan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan telah mengadakan satu program Dekad Membaca Kebangsaan ( DMK ). Program ini juga perlu dijalankan di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Perpustakaan dan Media SK Yamtuan Antah telah menjayakan Program Dekad Membaca Kebangsaan pada 15 - 17 April 2019.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
  • Pelancaran dan Perasmian Program DMK        
  • Literasi Maklumat
  • Risensi Buku
  • Pertandingan Mengarang
  • Program Jom Membaca
  • Aktiviti Membuat Buku Skrap
  • Ceramah tentang Faedah Membaca
Alhamdulillah, program ini telah berjaya dijalankan dengan lancar dan berkesan dengan kerjasama Barisan Pentadbiran SKYA, Guru-guru, Kakitangan SKYA dan semua murid SKYA. Moga minat membaca ini dapat diteruskan dan dihidupkan dalam diri anak-anak murid SKYA. ( Laporan DMK )

" Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya "

...

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN HOKI MSSD KUALA PILAH

Sekolah Kebangsaan Yamtuan Antah telah menyertai Pertandingan Hoki Peringkat Daerah Kuala Pilah pada 29 Januari 2020 ( Khamis ). Seramai 30...