Program gotong-royong ini telah dianjurkan oleh Unit 3K dengan kerjasama Unit SARANA PIBG. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memastikan persekitaran sekolah dalam keadaaan yang selamat dan selesa. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara ibubapa/penjaga dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Berikut adalah maklumat berkenaan program berkenaan.
Tarikh : 24 Ogos 2019 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Kehadiran : 50 orang ( Murid Tahap 2, Guru dan Staf serta PIBG SKYA )
Program ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kewangan, peralatan, masa dan tenaga bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
"Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat "
...